Sunday, 9 April 2017

Tips berjaya dari pelajar 11A+ SPM

Assalamualaikum.. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini. Blog Sekolah Kebangsaan Taman Suria. Sebagai permulaan pihak kami ingin kongsikan kejayaan anak melayu kita di dalam SPM yang lepas dengan mendapat 11A+.. bukan biasa-biasa, 11A+ yea wahai pembaca. Moga ia menjadi titik tolak kemajuan murid di sekolah dan seterusnya menjadikan sekolah lebih cemerlang dan terbilang.

Untuk lebih jelas, mari kita sama-sama melihat video yang kami kongsikan ini.

video

Antara tips yang dikongsikan oleh anak yang luar biasa hebat ini ialah;
1. Belajar biasa dan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas.
2. Jaga hubungan kita dengan ALLAH, ibubapa, guru dan kawan-kawan.
3. Beradab dengan guru.
4. Utamakan membaca al-Quran sebelum mengulangkaji pelajaran.
5. Carilah redha ALLAH dan belajar keranaNya
6. Yakinlah dengan kekuasaan ALLAH.
7. Selalulah minta restu dan ampun daripada MAK dan AYAH

Tip untuk IbuBapa dan Guru;
1. Jangan berhenti berdoa dan berharap pada ALLAH.
2. Sentiasa memberikan makanan yang HALAL, BERKHASIAT dan mengikut SUNNAH seperti kurma, madu, kismis dan lain-lain.


Semoga bermanfaat dan nantikan berita-berita terbaru dari pihak kami. Jangan lupa LIKE facebook fanpage kami. Doakan anak SK TAMAN SURIA sentiasa cemerlang terutamanya anak-anak yang bakal menduduki UPSR 2017.

No comments:

Post a Comment