Piagam Pelanggan
1.
Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi
memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi
matlamat perpaduan negara.
2. Memastikan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, bertangguungjawab dan produktif.
3. Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan bermula.
4. Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
5.
Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan
keperluan pelanggan yang terdiri daripada murid, ibubapa/penjaga,
masyarakat dan negara/kerajaan.
6. Memberi layanan mesra perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
7.
Menentukan segala urusan, laporan dan maklumat diberi perhatian dan
tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.
8.
Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah
melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara.
9.
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan
teguran yang membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi
perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
No comments:
Post a Comment