Wednesday, 2 January 2013

PENTING! Pengisian APDM oleh Guru Kelas

Perhatian kepada semua Guru Kelas tahun 2013. Anda diminta untuk mengemaskini maklumat murid kelas anda secepat mungkin. Sepatutnya pihak PPD meminta APDM dikemaskini selewatnya 15 Januari, namun telah ditukar kepada 4 Januari 2013. Maklumat ini juga penting untuk digunakan enrolmennya untuk kewangan sekolah dan penerimaan RM100 kepada murid sekolah yang berkemungkinan akan diberikan pada 15 Januari 2013 [http://eyesnews.wordpress.com/2013/01/02/puad-bantuan-sekolah-rm100-dibayar-15-jan-bernama/].

Untuk diawal tahun ini diminta guru memastikan;
1. Semua murid berada di dalam kelas yang betul.
2. Memastikan bilangan murid di dalam kelas adalah tepat. 


Cara log in APDM;
1. Pergi ke laman web APDM [http://www.sekolahmalaysia.com/index.php]
2. Guru kelas perlu log in dengan menggunakan login id, no kad pengenalan(tanpa tanda '-' contohnya 870303015779) dan kata laluannya adalah 'guru'.
3. Sila klik pada Data Murid dan membuat kemaskini kelas. Sila maklumkan kepada guru kelas yang lain untuk memindahkan murid ke kelas anda.


Jika terdapat sebarang pertanyaan bolehlah bertanyakan terus kepada Pn Haisah dan Pn Faizah ataupun terus kepada saya Mohd Nazirul. 

Kerjasama anda amat kami hargai. Semoga maklumat sekolah kita bersih dan tepat. :)

No comments:

Post a Comment