Biodata Sekolah

VISI SEKOLAH
"Sekolah Kebangsaan Taman Suria akan menjadi sebuah sekolah yang cemerlang di Johor Bahru dan negeri Johor"


MISI SEKOLAH
"Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti"


OBJEKTIF SEKOLAH
1.  Meningkatkan prestasi UPSR daripada 76.5% kepada 95%.
2. Meningkatkan GPS UPSR :2.50
3. Meningkatkan prestasi akademik murid dan setiap kelas kepada 10%.
4. Melaksanakan 100% pengajaran dan dan pemudahcara berdasarkan rancangan pelajaran tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang diluar kawalan sekolah.
5. Memastikan 100% murid menerima Pembelajaran Pendidikan Abad ke 21 dalam kelas.
6. Menambah bilangan penglibatan murid dalam kokurikulum peringkat daerah kepada 15% dan pencapaian kejayaan dalam penyertaan kokurikulum kepada 10%.
7. Memastikan 100% murid SKTS mendapat perkhidmatan bimbingan dalam kemahiran belajar, pembangunan diri murid, motivasi dan berjaya melainka berlaku perkara di luar kawalan sekolah.
8. 100% aduan dan maklumbalas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur kualiti Aduan Pelanggan.
9. Melaksanakan pengurusan kewangan tanpa teguran audit.
10. Meningkatkan pelaksanaan program 3K, semua kelas mendapat markah lebih dari 80%
11. Meningkatkan penggunaan IT secara meluas ddan berkesan dalam sistem pengurusan sekolah dan kemudahan murid.


DASAR SKTS
"SKTS komited untuk menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan SPSK dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan."


WATAK SKTS
"SKTS Yang Berhemah"


MOTO SEKOLAH
"Kelahiranku Untuk Menunaikan Janji"


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Suria telah dibuka pada 1 OGOS 1994. Ianya terletak 6km dari pusat bandar Johor Bahru.
Nama sekolah ini diambil sempena nama taman perumahan yang terletak berhampiran dengan kawasan sekolah iaitu Taman Suria.
SK Taman Suria telah diterajui oleh En. Roduan bin Ahmad sebagai Guru Besar pertama sekolah ini. Pada mula bukaan, SK Taman Suria mempunyai kawasan seluas 5 hektar. Terdiri daripada 3 bangunan utama 3 tingkat dan satu kantin. Sekolah ini mengandungi 21 bilik darjah dan bilik-bilik khas yang lain. 
Kepadatan murid sekolah yang semakin bertambah, menyebabkan KPM telah memberikan peruntukan di dalam RMK9 untuk membina sebuah bangunan 4 tingkat yang telah digunakan sepenuhnya pada 6 JUN 2010.

LAGU SEKOLAH
Dengan azam yang tersemat dan semarak
Bagai sinaran suria
Berganding bahu, berusaha bertekad
Demiku untuk berjaya


Kelahiranku untuk menunai janji
Cogankata sekolahku
Berjanji setia, Tuhan dan Negara
Semoga hidup berjasa


Rajinlah membaca buku
Hidup mesti berilmu
Memimpin setiap insan
Menuju ke wawasan


Mari kita bersama-sama jayakan
Supaya hidup cemerlang
Cerah kehidupan, tercapai impian
Bagai sinaran suria
Suria!

3 comments:

  1. My school is the best...

    Salam from 5 Kejora 2015

    ReplyDelete
  2. Salam sir rujhan. Saya ex student skts batch 2004. Boleh sya minta nombor guru besar sekarang?? Saya nak minta kebenaran untuk buat esaimen perhimpunan di sekolah tu. Harap sir blh bantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk apa yea? pm detail 0132965287

      Delete