KUALA LUMPUR 13 April - Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang berjaya menamatkan penantian 10 tahun apabila menjuarai acara keirin dalam Kejohanan Dunia di Hong Kong, sebentar tadi sekali gus memenangi jersi pelangi yang diidaminya.Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocket Man muncul pelumba Malaysia muncul juara dunia selepas menewaskan Fabian Hernando Puerta Zapata dari Colombia dengan 0.382 saat di belakang.Pelumba ranking No. 1 dunia, Tomas Babek dari Republik Czech menamatkan saingan di tangga ketiga (+0.417 saat).Jersi pelangi dengan warna asas putih serta lima jalur mendatar berwarna hijau, kuning, hitam, merah dan biru di bahagian dada adalah jersi yang dihadiahkan kepada juara dunia, yang boleh dipakai dalam perlumbaan di sepanjang tahun oleh pemiliknya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/berbasikal/azizulhasni-juara-dunia-selepas-10-tahun-mencuba-1.469141#ixzz4eSjuAs6A
© Utusan Melayu (M) Bhd
Penantian suatu kenikmatan. Tanpa kenal erti lemah dan berputus asa, walaupun pada ketika dulu, beliau pernah cedera dan tidak dapat meneruskan pertandingan, namun beliau bangkit dan buktikan bahawa Anak Malaysia BOLEH!
Jangan putus asa, wahai anak-anak SURIA. Anda harus percaya pada diri anda dan teruskan berusaha hingga keakhirnya. Walau apa pun yang anda lakukan pastikan ada sudah mencuba sehabis baik. InsyaAllah, anda pasti bertemu dengan kemanisan sebuah perjuangan.
Jom kita saksikan bagaimana Azizul berjaya memperoleh kejayaan beliau dan lihatlah betapa gembira dan puasnya setelah berusaha sehabisnya.
" I keep trying, I never give up, and I know if i keep trying and never give up, one day it will become my time. Now! I the CHAMPION!!"