Tuesday, 20 May 2014
Tuesday, 13 May 2014
Ujian Saringan Permata Pintar UKM 2014
UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun . Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara http://www.ukm.my/permatapintar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysiahttp://www.moe.gov.my, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.
Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2014)
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2014 dan beragama Islam)
3) Program Pendidikan PERMATApintar ASAS 1 2015 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2014)
4) Program Pendidikan PERMATApintar TAHAP 1 2015 di UKM (untuk pelajar 14-15 thn pada 2014)
Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx. Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat. Pelajar telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2014. Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx . Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Pelajar juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamathttp://pelajar.permatapintar.edu.my
Friday, 7 March 2014
Mesyuarat Agung PIBG ke-19 2014
Corat coret hari mesyuarat agung PIBG yang sangat meriah dan mendapat sambutan yang hangat. Tahniah kepada semua yang terlibat. Andalah yang TERBAIK.
Thursday, 27 February 2014
Majlis Penutupan Minggu Antidadah peringkat sekolah 2014
Majlis penutupan dimulakan dengan ceramah dan pameran antidadah. Dengan ceramah yang disampaikan oleh En Izuan dari AADK Negeri dan pembantunya En. Ramli. Ceramah yang sangat menarik dan tidak membosankan. Murid telah menunjukkan sikap yang lebih suka mendengar apa yang hendak disampaikan oleh penceramah. Moga ia bermanfaat. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















.jpg)





































