Showing posts with label Takwim Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Takwim Sekolah. Show all posts

Sunday, 2 October 2016

Sukan Tahunan Sekolah 2016

Pada 29 September 2016 lepas, Sekolah Kebangsaan Taman Suria telah mengadakan Sukan Tahunan sekolah seperti tahun-tahun sebelum ini. 

Terdapat 4 buah rumah sukan yang bertanding di dalam acara sukan ini. 4 rumah sukan tersebut ialah Merah(Suria Juara), Biru(Suria Gagah), Hijau(Suria Jaguh) dan Kuning(Suria Wira).

Antara acara yang dipertandingkan ialah lari 100m, 200m, 4X100m, 4X200m, lompat jauh, lompat tinggi, rejam lembing, dan lontar peluru.

Disamping itu, terdapat juga pertandingan perbarisan, khemah tercantik dan maskot.
Terdapat juga acara sukaneka untuk murid-murid prasekolah, pendidikan khas dan murid tahun 1 dan 2. Acara untuk ibu bapa dan guru juga disediakan.

Untuk 2016:

Johan Keseluruhan : Rumah Biru
Johan Hiasan Khemah : Rumah Biru
Johan Perbarisan : Rumah Biru
Johan Maskot : Rumah Hijau
Anugerah Olahragawan : Muhammad Nabil (Rumah Kuning)
Anugerah Olahragawati : Nor Izzati (Rumah Kuning)

ini menunjukkan rumah biru membolot semua hadiah yang dipertandingkan. Tahniah untuk rumah biru, Cuba lagi untuk rumah lain.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Gambar-gambar hari sukan sekolah:


 Rumah merah juara.

Monday, 7 January 2013

TAKWIM UJIAN DAN PEPERIKSAAN DALAMAN BAGI TAHUN 2013

Takwim untuk peperiksaan dalaman sudah dikeluar. Diharap semua guru dapat memuat turun takwim dan melihat takwim tersebut, sebagi persediaan guru-guru untuk menyediakan murid untuk menghadapi ujian@pentaksiran. Mungkin juga para guru boleh bersedia dengan set soalan untuk setiap peperiksaan tersebut.

Sumber: PPDJB

Pautan muat turun:
Takwim Peperiksaan 2013


Thursday, 20 December 2012

Jadual Pembayaran Gaji 2013

Di sini pihak kami ada menyediakan jadual pembayaran gaji pada 2013. Harapan kami, semoga jadual ini dapat membantu semua di dalam pengurusan kewangan ke tahap yang lebih baik.

Sila muat turun jadual menggunakan capaian yang diberi:
Jadual Bayaran gaji 2013

Takwim Persekolahan 2013

Sesi persekolahan kini hampir tiba. Sudah bersediakah anda semua? Di sini, pihak kami ada menyediakan takwim persekolahan 2013. Semoga ia dapat membantu anda semua merancang segala aktiviti 2013. Selamat kembali ke sekolah.


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


Takwim persekolahan boleh dimuat turun pada capaian yang disediakan.
http://www.4shared.com/office/E0DMPc76/Takwim_persekolahan_2013.html