Assalamualaikum & salam sejahtera.
⚡ ♻🌱
Perhatian kepada semua
Warga Suria Sekolah Lestari.
Unit Eco Lestari Skts akan menjalankan 2 pertandingan bagi menjayakan program kelestarian sekolah.
Kerjasama Dari semua warga SKTS umumnya, dan guru kelas khususnya, amatlah diharapkan.
Pertandingan tersebut ialah :-
⚡💧 Pengumpulan bil elektrik & bil air
(Mengikut kelas Tahap 2 sahaja)
#guru kelas menerima dan mengumpul salinan bil bulan JUN dan JULAI
#serah kepada:-
Hasmiza (tahun 6)
Hafizul (tahun 5)
Hamizah (tahun 4)
Kelas yg berjaya menyerahkan bilangan salinan bil terbanyak dan terawal akan menerima hadiah.
♻Pengumpulan bahan kitar semula secara individu
Murid (secara individu) menyerahkan bahan kepada guru di Dewan Seri Suria pada waktu perhimpunan pagi atau waktu perjumpaan Koku (ibubapa dibenarkan masuk untuk membantu anak menghantar bahan)
Selasa bagi Tahap 1
Rabu bagi Tahap 2
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
Friday, 11 August 2017
Sunday, 16 April 2017
Tahniah Azizul Hasni Awang The Pocket Rocket Man - Terus berusaha dan jangan putus asa.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejayaan atlet berbasikal trek keirin dunia, Azizul Hasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man di dalam acara trek berbasikal dunia dan beliau kini sudah digelar nombor 1 DUNIA.. Wauuu!!!! Pihak SK Taman Suria amat berbangga sebagai rakyat Malaysia.
Penantian suatu kenikmatan. Tanpa kenal erti lemah dan berputus asa, walaupun pada ketika dulu, beliau pernah cedera dan tidak dapat meneruskan pertandingan, namun beliau bangkit dan buktikan bahawa Anak Malaysia BOLEH!
Jom kita saksikan bagaimana Azizul berjaya memperoleh kejayaan beliau dan lihatlah betapa gembira dan puasnya setelah berusaha sehabisnya.
KUALA LUMPUR 13 April - Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang berjaya menamatkan penantian 10 tahun apabila menjuarai acara keirin dalam Kejohanan Dunia di Hong Kong, sebentar tadi sekali gus memenangi jersi pelangi yang diidaminya.Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocket Man muncul pelumba Malaysia muncul juara dunia selepas menewaskan Fabian Hernando Puerta Zapata dari Colombia dengan 0.382 saat di belakang.Pelumba ranking No. 1 dunia, Tomas Babek dari Republik Czech menamatkan saingan di tangga ketiga (+0.417 saat).Jersi pelangi dengan warna asas putih serta lima jalur mendatar berwarna hijau, kuning, hitam, merah dan biru di bahagian dada adalah jersi yang dihadiahkan kepada juara dunia, yang boleh dipakai dalam perlumbaan di sepanjang tahun oleh pemiliknya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/berbasikal/azizulhasni-juara-dunia-selepas-10-tahun-mencuba-1.469141#ixzz4eSjuAs6A
© Utusan Melayu (M) Bhd
Penantian suatu kenikmatan. Tanpa kenal erti lemah dan berputus asa, walaupun pada ketika dulu, beliau pernah cedera dan tidak dapat meneruskan pertandingan, namun beliau bangkit dan buktikan bahawa Anak Malaysia BOLEH!
Jangan putus asa, wahai anak-anak SURIA. Anda harus percaya pada diri anda dan teruskan berusaha hingga keakhirnya. Walau apa pun yang anda lakukan pastikan ada sudah mencuba sehabis baik. InsyaAllah, anda pasti bertemu dengan kemanisan sebuah perjuangan.
Jom kita saksikan bagaimana Azizul berjaya memperoleh kejayaan beliau dan lihatlah betapa gembira dan puasnya setelah berusaha sehabisnya.
" I keep trying, I never give up, and I know if i keep trying and never give up, one day it will become my time. Now! I the CHAMPION!!"
Kempen TINDAK 2017 - Memerangi penderaan seksual kanak-kanak
Ini adalah serius!!! 1 daripada 4 orang kanak-kanak adalah mangsa penderaan seksual!!
Ambil kisah! Ambil tahu!
Penerangan melalui video..
Semuga kita semua lebih sedar dan berTINDAK segera. Ambil tahu dan ambil kisah...
Sila ke laman web https://www.facebook.com/KempenTindak untuk makluman lanjut.
Monday, 25 August 2014
PPPM: Persiapan hadapi alaf 21
PROF. DATUK DR. SIDEK BABA
Prof. Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Prof. Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 6 September lalu adalah persiapan untuk menyediakan generasi penerus dan negara menghadapi cabaran alaf 21.
Antara cabaran alaf 21 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan yang dinamik. Perkembangan teknologi terutama teknologi maya dan media baru adalah cabaran yang perlu dihadapi dengan perancangan yang rapi dan strategik.
Faktor globalisasi adalah faktor paling utama mendepani cabaran perubahan hari depan. Faktor hak asasi manusia mengikut ukuran Barat, budaya popular dan hedonistik yang sedang menular, hegemoni pihak luar terhadap faktor teknologi, ekonomi dan budaya memberikan Malaysia pilihan mencabar untuk terus maju dan berubah.
Oleh itu generasi muda harus dipersiapkan untuk respons kepada cabaran globalisasi di samping mengukuhkan asas-asas fundamental dan relevan dengan iklim Malaysia yang ingin maju dalam acuan kita sendiri.
Perubahan dalam ilmu dan pendidikan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Tradisi penyelidikan dan pengembangan menyebabkan ilmu berkembang dinamik. Ia menuntut kebijaksanaan bagaimana perkembangan ilmu khususnya dalam bidang sains dan teknologi dapat disantuni dan dimanfaatkan dengan bijaksana.
PPPM melibatkan kajian terhadap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid dan orang ramai di seluruh negara. Ia telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa.
Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Kualiti kurikulum dan guru, pengurusan sekolah dan masyarakat, kaedah penyampaian dan cara pengukuran mempunyai kaitan rapat membangun pelan ini.
Terdapat enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing di peringkat global. Ciri-ciri itu ialah ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.
Ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang amat penting bagi mendepani perubahan. Integrasi ilmu dan nilai adalah sesuatu yang amat penting supaya ilmu tidak hanya dipelajari secara mekanistik tetapi sekali gus membentuk sahsiah dan jati diri pelajar.
Kemahiran berfikir merupakan faktor penting perubahan berlaku. Ilmu tidak hanya dihafaz semata-mata untuk keperluan peperiksaan. Dalam tradisi umat Islam yang membawa kepada tamadun proses pengajaran dan pembelajaran melalui lima tahap yang sifatnya saling mengukuh. Di samping hafazan, kefahaman adalah perlu.
Selepas faham, berfikir adalah amat utama. Berfikir melahirkan pemikiran (fikrah). Daripada nya proses internalisasi (penyerapan) harus berlaku. Akhirnya manifestasi ilmu itu terlihat pada amal.
Kemahiran memimpin memerlukan latihan. Kokurikulum dan ekstra kurikulum yang harus disusun semula supaya potensi pelajar dapat dingilap secara praktis dan bersifat lapangan. Kepimpinan dan pengikutan adalah asas penting lahirnya sistem dan masyarakat yang baik.
Kemahiran dwi bahasa dan beberapa bahasa dalam konteks Malaysia amat mustahak. Penguasaan bahasa Melayu yang berstatus ilmu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa harus dijadikan fokus. Dalam tradisi tamadun Islam terdahulu penguasaan banyak bahasa menjadi resam amalan dalam kalangan ilmuwannya dan bahasa Arab dijadikan bahasa utama.
Etika dan kerohanian adalah sesuatu yang paling utama dalam mana-mana proses transformasi pendidikan. Agama yang mendukung Nilai Paling Utama (Supreme Values) dan Nilai-nilai Interaktif (sejagat) adalah penting membentuk watak dan sahsiah.
Barat suatu ketika menjadikan agama sebagai latar penting pembinaan etika dan nilai.
Mendepani Barat dan Timur, warga Malaysia harus memanfaatkan faedah berbanding yang sifatnya menyumbang ke arah pembangunan tamadun. Tradisi Islam silam menjadikan ini sebagai resam tradisi yang sifatnya menyumbang terhadap kemajuan tamadun Islam itu sendiri.
Dalam konteks Islam faktor berbanding ini perlu melalui penyesuaian epistemologi (falsafah ilmu) supaya ia terbina dengan kekuatan etika dan nilai. Inilah yang dikatakan integrasi dan islamisasi ilmu yang giat dilaksanakan di Malaysia supaya tasawwur mengenai ilmu sifatnya merangkumi.
Malaysia ada perjalanan sejarah dan budayanya sendiri. Kemajmukan adalah ciri penting masyarakatnya. Amat penting sistem pendidikannya mendidik warga pelajarnya dengan rasa kecintaan yang tinggi terhadap negaranya dan bersikap patriotik terhadapnya.
Patriotisme di Amerika Syarikat umpamanya boleh dipelajari bagaimana konsep melting-pot menghasilkan warga yang patriotik walaupun wujud perbezaan kaum dan kelainan faham politik.
Enam ciri di atas ditunjangi dengan 11 anjakan utama supaya proses transformasi berlaku.
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan memperlajari bahasa tambahan.
3. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.
4. Mentransformasi misi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasakan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.
8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian.
9. Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.
Sekiranya anjakan tersebut dapat dijadikan proses utama dalam menyediakan ejen perubahan dalam pendidikan Wawasan 2020 akan menjadi suatu kenyataan. Malah PPPM melampaui sehingga tahun 2025 supaya kemajuan itu menuju kepada suatu peradaban.
Malaysia memilih pendekatan transformatif yang sifatnya gradual tetapi konsisten. Ia menginsafi proses membentuk manusia tidak boleh berlaku dengan sekelip mata apalagi untuk merubah sistem ke arah etika tinggi dan berasaskan nilai menuntut perancangan yang rapi dalam meraikan agenda yang strategik supaya yang dikejar dapat dan yang dikendung tidak berciciran.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130912/re_02/PPPM-Persiapan-hadapi-alaf-21#ixzz3BSF42fBP
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, 11 January 2013
Guru dan pelajar diberi amaran jangan sertai perhimpuna
11 Januari 2013
Peringatan!
Jangan sertai perhimpunan. Kita ada matlamat yang lagi besar. Masa
hadapan anak murid adalah tanggungjawab kita. Ingat, seorang doktor
silap akan menyebabkan seorang pesakit mati, tetapi, jika seorang guru
silap rosak satu generasi. Didiklah anak murid kita dengan ikhlas.
Didiklah anak kita untuk berkasih sayang dan terangkan kepada mereka
tentang keindahan ISLAM. bukan didik anak murid kita dengan kebencian.
Kerana, kebencian memusnahkan. Contohi Rasullah dalam mendidik,
insyaAllah kita berjaya. Amin..
BATU PAHAT - Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi hari ini
memberi amaran kepada guru dan pelajar sekolah supaya tidak menyertai
perhimpunan anjuran pembangkang di ibu negara esok.
Menurutnya kementerian tidak mahu golongan pendidik atau pelajar sekolah membawa contoh yang tidak baik, seterusnya menjadi ikutan pelajar lain.
"Guru-guru sudah tentu sedia maklum tentang peraturan dan etika yang digariskan kementerian yang mesti dipatuhi mereka sebagai golongan pendidik, jadi kami nasihatkan mereka supaya tidak mengambil risiko.
"Selain itu, kementerian juga tidak mahu profesion perguruan dicemari apabila mereka menjadi peserta perhimpunan yang ganas dengan menentang pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Perhubungan Zon Senggarang di sini hari ini.
Beliau berkata guru dan pelajar sekolah langsung tidak mempunyai kepentingan untuk terlibat dengan perhimpunan itu kerana ia bermotifkan kepentingan politik inidividu semata-mata.
Puad berkata oleh itu, kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan susulan jika ada di kalangan guru atau pelajar yang ditahan polis dan dihadap ke mahkamah kerana terlibat dengan perhimpunan itu.
Beliau turut menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak mereka yang masih bersekolah menyertai perhimpunan itu. - Bernama
Sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/guru-dan-pelajar-diberi-amaran-jangan-sertai-perhimpunan-1.120110
Menurutnya kementerian tidak mahu golongan pendidik atau pelajar sekolah membawa contoh yang tidak baik, seterusnya menjadi ikutan pelajar lain.
"Guru-guru sudah tentu sedia maklum tentang peraturan dan etika yang digariskan kementerian yang mesti dipatuhi mereka sebagai golongan pendidik, jadi kami nasihatkan mereka supaya tidak mengambil risiko.
"Selain itu, kementerian juga tidak mahu profesion perguruan dicemari apabila mereka menjadi peserta perhimpunan yang ganas dengan menentang pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Perhubungan Zon Senggarang di sini hari ini.
Beliau berkata guru dan pelajar sekolah langsung tidak mempunyai kepentingan untuk terlibat dengan perhimpunan itu kerana ia bermotifkan kepentingan politik inidividu semata-mata.
Puad berkata oleh itu, kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan susulan jika ada di kalangan guru atau pelajar yang ditahan polis dan dihadap ke mahkamah kerana terlibat dengan perhimpunan itu.
Beliau turut menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak mereka yang masih bersekolah menyertai perhimpunan itu. - Bernama
Sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/guru-dan-pelajar-diberi-amaran-jangan-sertai-perhimpunan-1.120110
Subscribe to:
Posts (Atom)




