Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Sunday, 16 April 2017

Kempen TINDAK 2017 - Memerangi penderaan seksual kanak-kanak

Ini adalah serius!!! 1 daripada 4 orang kanak-kanak adalah mangsa penderaan seksual!!
Ambil kisah! Ambil tahu!





Penerangan melalui video..






Semuga kita semua lebih sedar dan berTINDAK segera. Ambil tahu dan ambil kisah...
Sila ke laman web https://www.facebook.com/KempenTindak untuk makluman lanjut.

Tuesday, 23 June 2015

Pertandingan Educational Blogging 2015

Assalamualaikum

Ditujukan kepada semua kaki blogging dan yang mempunyai blog. Terdapat satu pertandingan yang memberikan hadiah yang lumayan kepada yang menang. Ia adalah anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris.



Skop Pertandingan:
1. Terbuka kepada semua WARGA MALAYSIA
2. Blog mestilah mempunyai kandungan berbentuk ilmiah dan berasaskan pendidikan.

Kategori Pertandingan:
1. Terbuka
2. Sekolah

Tarikh Pertandingan:
Bermula 19 Mei 2015 hingga 30 September 2015 Jam11.59pm

Pendaftaran Pertandingan:
Klik untuk daftar
https://docs.google.com/forms/d/1ukDcN3q3lxiXi9uLROaymCEyhwzAmM8XeVTUqIvZAfE/viewform?edit_requested=true


Pertanyaan:
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak urusetia;
Siti Munirah binti Ahmad [01548117556][siti.munirah@ict.upsi.edu.my


Sumber: http://edublogpict.blogspot.com/

Monday, 25 August 2014

Sambutan Ambang Kemerdekaan Malaysia ke-57 peringkat sekolah

Tarikh : 28 OGOS 2014
Hari : Khamis
Masa : 11.00 - 1.00 petang
Tempat : Foyer@Dewan Terbuka SKTS






Tuesday, 13 May 2014

Ujian Saringan Permata Pintar UKM 2014

UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun . Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara http://www.ukm.my/permatapintar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysiahttp://www.moe.gov.my, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.

Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2014)
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2014 dan beragama Islam)
3) Program Pendidikan PERMATApintar ASAS 1 2015 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2014)
4) Program Pendidikan PERMATApintar TAHAP 1 2015 di UKM (untuk pelajar 14-15 thn pada 2014)


Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx. Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat. Pelajar telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2014. Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx . Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Pelajar juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamathttp://pelajar.permatapintar.edu.my

Saturday, 25 January 2014

Thursday, 10 January 2013

Cuti Berganti Sempena Hari Raya Cina 2013

Untuk makluman semua, cuti berganti untuk Perayaan Tahun Baru Cina jatuh pada 9 Mac 2013. Harap semua maklum.


Muat turun surat siaran:
Cuti Berganti