Wednesday, 30 January 2013
SKTS BERSELAWAT
Aktiviti terdekat yang akan diadakan di sekolah kami. Dibuat secara tertutup untuk warga SKTS sahaja. Namun akan di laporkan segala aktiviti yang berlaku. Moga semua berjalan lancar.:)
Friday, 11 January 2013
Guru dan pelajar diberi amaran jangan sertai perhimpuna
11 Januari 2013
Peringatan!
Jangan sertai perhimpunan. Kita ada matlamat yang lagi besar. Masa
hadapan anak murid adalah tanggungjawab kita. Ingat, seorang doktor
silap akan menyebabkan seorang pesakit mati, tetapi, jika seorang guru
silap rosak satu generasi. Didiklah anak murid kita dengan ikhlas.
Didiklah anak kita untuk berkasih sayang dan terangkan kepada mereka
tentang keindahan ISLAM. bukan didik anak murid kita dengan kebencian.
Kerana, kebencian memusnahkan. Contohi Rasullah dalam mendidik,
insyaAllah kita berjaya. Amin..
BATU PAHAT - Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi hari ini
memberi amaran kepada guru dan pelajar sekolah supaya tidak menyertai
perhimpunan anjuran pembangkang di ibu negara esok.
Menurutnya kementerian tidak mahu golongan pendidik atau pelajar sekolah membawa contoh yang tidak baik, seterusnya menjadi ikutan pelajar lain.
"Guru-guru sudah tentu sedia maklum tentang peraturan dan etika yang digariskan kementerian yang mesti dipatuhi mereka sebagai golongan pendidik, jadi kami nasihatkan mereka supaya tidak mengambil risiko.
"Selain itu, kementerian juga tidak mahu profesion perguruan dicemari apabila mereka menjadi peserta perhimpunan yang ganas dengan menentang pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Perhubungan Zon Senggarang di sini hari ini.
Beliau berkata guru dan pelajar sekolah langsung tidak mempunyai kepentingan untuk terlibat dengan perhimpunan itu kerana ia bermotifkan kepentingan politik inidividu semata-mata.
Puad berkata oleh itu, kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan susulan jika ada di kalangan guru atau pelajar yang ditahan polis dan dihadap ke mahkamah kerana terlibat dengan perhimpunan itu.
Beliau turut menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak mereka yang masih bersekolah menyertai perhimpunan itu. - Bernama
Sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/guru-dan-pelajar-diberi-amaran-jangan-sertai-perhimpunan-1.120110

Thursday, 10 January 2013
Cuti Berganti Sempena Hari Raya Cina 2013
Untuk makluman semua, cuti berganti untuk Perayaan Tahun Baru Cina jatuh pada 9 Mac 2013. Harap semua maklum.
Muat turun surat siaran:
Cuti Berganti
Muat turun surat siaran:
Cuti Berganti
Monday, 7 January 2013
TAKWIM UJIAN DAN PEPERIKSAAN DALAMAN BAGI TAHUN 2013
Takwim untuk peperiksaan dalaman sudah dikeluar. Diharap semua guru dapat memuat turun takwim dan melihat takwim tersebut, sebagi persediaan guru-guru untuk menyediakan murid untuk menghadapi ujian@pentaksiran. Mungkin juga para guru boleh bersedia dengan set soalan untuk setiap peperiksaan tersebut.
Sumber: PPDJB
Pautan muat turun:
Takwim Peperiksaan 2013
Sumber: PPDJB
Pautan muat turun:
Takwim Peperiksaan 2013
Wednesday, 2 January 2013
PENTING! Pengisian APDM oleh Guru Kelas
Perhatian kepada semua Guru Kelas tahun 2013. Anda diminta untuk mengemaskini maklumat murid kelas anda secepat mungkin. Sepatutnya pihak PPD meminta APDM dikemaskini selewatnya 15 Januari, namun telah ditukar kepada 4 Januari 2013. Maklumat ini juga penting untuk digunakan enrolmennya untuk kewangan sekolah dan penerimaan RM100 kepada murid sekolah yang berkemungkinan akan diberikan pada 15 Januari 2013 [http://eyesnews.wordpress.com/2013/01/02/puad-bantuan-sekolah-rm100-dibayar-15-jan-bernama/].
Untuk diawal tahun ini diminta guru memastikan;
1. Semua murid berada di dalam kelas yang betul.
2. Memastikan bilangan murid di dalam kelas adalah tepat.
Cara log in APDM;
1. Pergi ke laman web APDM [http://www.sekolahmalaysia.com/index.php]
2. Guru kelas perlu log in dengan menggunakan login id, no kad pengenalan(tanpa tanda '-' contohnya 870303015779) dan kata laluannya adalah 'guru'.
3. Sila klik pada Data Murid dan membuat kemaskini kelas. Sila maklumkan kepada guru kelas yang lain untuk memindahkan murid ke kelas anda.

Jika terdapat sebarang pertanyaan bolehlah bertanyakan terus kepada Pn Haisah dan Pn Faizah ataupun terus kepada saya Mohd Nazirul.
Kerjasama anda amat kami hargai. Semoga maklumat sekolah kita bersih dan tepat. :)
Rujukan untuk Guru KSSR
Tahun 2013 adalah tahun ke 3 pelaksanaan KSSR di sekolah. Banyak penambahbaikkan dilakukan di dalam melaksanakan KSSR ini. Setiap kelemahan diperbaiki dari masa ke semasa. Walau apa pun, sebagai guru kita kena sentiasa bersedia dengan apa pun perubahan yang dibuat. Ingatlah bahawa;
KITA BUKAN KERJA SEBAGAI GURU TETAPI KITA PERLU JADI GURU. Faham dengan falsafah ini? Khas dari Puan Kartini kepada semua guru SKTS.
Di sini, pihak kami ada menyediakan satu capaian yang sesuai dilawati oleh guru KSSR. Terdapat banyak info mengenai KSSR dan juga lain-lain capaian yang melibatkan sekolah. Di laman web ini, juga boleh juga muat turun segala yang berkaitan dengan KSSR.
Semoga laman ini dapat membantu para guru dalam meningkatkan lagi produktiviti sebagai guru dan seterusnya menjadi guru yang cemerlang. InsyaAllah.
Capaian KSSR: [klik pada capaian yang diberi]
http://www.kssronline.com/p/kssr.html
https://www.facebook.com/pages/KSSROnlinecom/282428558469294?fref=ts
Subscribe to:
Posts (Atom)